About

Blog ini hanya lah untuk kegunaan peribadi, dimana aku dapat berkongsi cerita, pengalaman hidup dan ilmu pengetahuan secara ‘online’. Ia juga boleh dijadikan tempat utama untuk kengkawan dan aku berkumpul kerana mungkin ada kengkawan yang ingin mengetahui perkembangan hidup aku.

‘Aku’ pula lebih dikenali dengan nama ‘online’ Megat. Dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru, Sultanah Aminah pada 10 Februari dan dibesarkan di Kota Tinggi. Sekarang aku menetap dan bertugas di Pasir Gudang.